Tuesday, October 8, 2024

E-Folio Penghayatan Etika dan Peradaban Sesi 1 : 2024/2025



MPU21032


Tajuk : 


RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI PEMBENTUKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA


Nama Pensyarah : 


TUAN MOHD AZHAR BIN TUAN NGAH


Nama Ahli Kumpulan :


1. MUHAMMAD ALIFF BIN ZAINUDDIN ( 11DAT24F1017 )
2. NUR SYAFIQAH BINTI AHMAD DAUD ( 11DAT24F1003 )
3. NURIN DAMIA BINTI AZLI ( 11DAT24F1065 )
4. ASHAVARSSHINEE A/P GUNA SEGARAN ( 11DAT24F1041)
5. YOGAMESHA A/P SENGARVALLOO ( 11DAT24F1102 )



Pengenalan 


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.


Prinsip Rukun Negara 



Rukun Negara dibentuk dengan tujuan untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Selain itu, prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara adalah merupakan kunci kepada kemakmuran dan perpaduan antara kaum di Malaysia dalam mencapai kejayaan dan kestabilan negara. Berikut merupakan Lima Prinsip Rukun Negara yang menggariskan tentang;



1. Kepercayaan Kepada Tuhan

  • Definisi kepercayaan kepada tuhan ialah keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing. Dalam erti kata lain ialah setiap kaum di Malaysia tidak terikat pada satu agama sahaja malahan mereka bebas mengamalkan kepercayaan atau anutan agama masing-masing. Kepercayaan juga sebagai batu asas dalam pembentukan moral seseorang individu. Adapun kepercayaan itu dikatakan berkaitan dengan sikap memihak kerana ia sentiasanya melibatkan penekaan, penuntutan dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu.


2. Kesetian Kepada Raja dan Negara

  • Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. 

3. Keluhuran dan Perlembagaan

  • Perlembagaan Malaysia adalah asas kepada undang - undang dan pemerintahan negara. Prinsip ini memastikan setiap kaum menghormati undang - undang negara termasuk hak - hak istimewa dan perlindungan yang diberikan kepada pelbagai kaum. Keluhuran Perlembagaan adalah undang - umdamg tertinggi di Malaysia. Semua undang - undang lain, termasuk undang - undang negeri dan tindakan kerajaan mestilah mematuhi perlembagaan. Selain itu, perlembagaan juga melindungi hak - hak asasi setiap rakyat Malaysia, seperti kebebasan bersuara , kebebasan beragama, hak untuk mendapatkan pendidikan dan kebebasan berpersetuan. Bukan itu sahaja, Keluhuran Perlembagaan memastikan bahawa semua tindakan kerajaan, institusi dan rakyat mesti mematuhi undang - undang yang sah dan berlandaskan Perlembagaan.

4. Kedaulatan Undang-undang

  • Kedaulatan Undang-Undang merupakan salah satu prinsip dalam Rukun Negara, yang menjadi asas penting dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia. Rukun Negara digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969 yang bertujuan untuk memperkukuhkan keharmonian antara kaum dan mengelakkan konflik yang sama daripada berulang. Prinsip “kedaulatan undang-undang” bermaksud “kedudukan undang-undang sesebuah negara sebagai kuasa tertinggi yang mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan masyarakat”. Pelaksanaan prinsip kedaulatan undang-undang ini haruslah mempunyai asas atau bersandarkan kepada sumber yang sah dan sahih. Ini dapat menjadikannya sistem yang mendaulatkan undang-undang, bukan sistem yang mendaulatkan individu.


5. Kesopanan dan Kesusilaan

  • Prinsip ini menekankan tentang tingkah laku dan personaliti seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk warganegara yang bertatasusila dan bersopan santun selaras dengan Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni dalam kehidupan. Sifat ini patut diamalkan dalam kehidupan seharian bagi membentuk individu dan masyarakat yang berdisiplin serta dapat mewujudkan individu yang bermoral tinggi bagi menjamin keharmonian sesebuah masyarakat dan negara. Tingkah laku yang sopan serta tatasusila yang baik adalah merupakan satu darjah kesusilaan yang tinggi yang patut dipelihara bagi membentuk keperibadian bangsa dan kaum di Malaysia. 









Teks Rukun Negara 



Kita pastinya sudah sinonim dengan teks Rukun Negara memandangkan ia merupakan satu upacara yang wajib dilakukan hampir setiap minggu ketika sesi perhimpunan sewaktu menuntut di zaman persekolahan mahupun dalam acara rasmi.Berikut merupakan teks Rukun Negara;


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
  • Memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresid yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar dan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


1.  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN










Kepentingan Rukun Negara 


1. Dapat membentuk masyarakat yang mempunyai sahsiah yang pekerti

  • Penting untuk kita mengamalkan amalan kepercayaan kepada Tuhan demi kesejahteraan negara kerana ia dapat membentuk keperibadian insan yang mulia. Selain itu, memupuk jati diri yang utuh dalam diri setiap rakyat dan hubungan antara rakyat berbilang bangsa dan agama yang dibina akan menjadi erat. Masyarakat juga dapat mengukuhkan perpaduan dan persefahaman bagi menjamin keamanan negara.


2.Keamanan, Keselamatan, dan Kedamaian Negara Terpelihara.

  • Prinsip kedua Rukun Negara iatu kesetiaan kepada raja dan negara adalah tunjang bagi memastikan negara aman, selamat dan damai.
  • Kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara dapat menjauhkan rakyat daripada sebarang anasir perpecahan dan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat.
  • Kesetiaan kepada raja amat penting bagi memastikan taat setia kita terhadap negara terus utuh demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia.

3.Mewujudkan perpaduan kaum.

  • Rukun Negara bertindak sebagai asas kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan budaya. Ini menggalakkan saling menghormati dan bertoleransi antara kaum, yang penting dalam memastikan kehormanian sosial.

4. Memupuk sikap toleransi dan tanggungjawab dalam kalangan generasi muda

  • Sikap toleransi amat penting dalam diri individu terutama generasi muda hari ini kerana dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum serta dapat membentuk keharmonian dalam hidup bermasyarakat. Selain itu, sikap tanggungjawab juga dapat menjaminkan masa depan kita yang lebih cerah mahupun sebaliknya. Malah, dengan adanya sikap ini, generasi muda hari ini dapat membina nilai jati diri serta dapat menghadapi cabaran kehidupan yang sungguh getir pada masa akan datang
  • Sebagai contoh, generasi muda yang ingin mengisi jawatan-jawatan tinggi dalam masyarakat dan maju dalam bidang pekerjaan haruslah mempunyai latar belakang diri yang baik seperti mempunyai nilai-nilai murni dalam menjalankan pekerjaan. Contoh nilai-nilai murni adalah amanah, tanggungjawab dan hormat-menghormati.

5. Mewujudkan negara yang aman, stabil dan makmur

  • Prinsip Rukun Negara yang keempat iaitu kedaulatan undag-undang adalah lambang kepada kedaulatan negara.Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan lancar. Undang-undang yang digubal dapat menjamin kehidupan anggota masyarakat yang baik dan teratur seterusnya dapat melahirkan warganegara yang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.








Cara-cara untuk menghayati Rukun Negara



1. Peranan Ibu Bapa

  • Mengajar anak menghormati undang - undang
  • Ibu bapa perlu mendidik anak - anak untuk memahami kepentingan undang - undang dan peraturan serta mematuhi perlembagaan dan undang - undang negara. Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan disiplin dan mengajar anak - anak mematuhi peraturan di rumah, sekolah, dan dalam masyarakat. 

2.Peranan Masyarakat

  • Masyarakat hendaklah sentiasa menyanjung tinggi raja -raja atau YDPA atau sebagai ketua negeri atau negara dan sentiasa menjaga imej negara dalam apa jua keadaan.
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara bukan sahaja bermaksud menunjukkan sokongan kepada institusi diraja, tetapi juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga keharmonian dan kestabilan negara. Masyarakat perlu menghargai perbezaan budaya dan agama antara kaum dan memastikan bahawa hak setiap individu dilindungi. Sebagai rakyat Malaysia, masyarakat  juga perlu berperanan dalam pembangunan dan kemajuan negara melalui peningkatan produktiviti dan kualiti dalam pekerjaan.
  • Setiap warganegara perlu mengamalkan nilai kesetiaan kepada Raja dan Negara dengan sepenuh hati dan bertanggungjawab. Masyarakat harus sentiasa mengutamakan keharmonian negara dan  mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. Selain itu, masyarakat perlu berusaha untuk memperbaiki kualiti hidup dan ekonomi negara dengan menyokong inisiatif-inisiatif yang dibangunkan oleh kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

3. Peranan Pendidikan

  • Pihak sekolah sebagai contoh boleh mengadakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah setiap tahun pada bulan Ogos bagi menanamkan sifat patriotisme dalam diri para pelajar. Selain itu, pihak pendidikan juga boleh membudayakan amalan Rukun Negara di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi, seperti bacaan ikrar Rukun Negara serta upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan nyayian lagu Negaraku setiap pagi sewaktu perhimpunan pada setiap minggu. Dengan amalan ini, pelajar dapat memahami dan menghayati dengan lebih mendalam maksud teks Rukun Negara. 


4. Peranan Media Massa

  • Prinsip pertama dalam Rukun Negara itu juga menzahirkan bahawa rakyat Malaysia berpegang teguh kepada ajaran agama masing - masing yang menjadi unsur penting dalam membentuk rohani dan jasmani yang seimbang dan sempurna. Individu yang patuh kepada ajaran agama akan mempunyai budi budi pekerti yang mulia dan sifat - sifat terpuji. Pegangan yang kukuh terhadap ajaran agama dapat menghindarkan seseorang daripada terjebak dengan gejala sosial. Oleh itu, masyarakat pada masa kini perlulah menggunakan media massa dengan baik. Seperti menghantar video berkaitan agama mengikut ajaran masing - masing di media massa supaya rakyat dapat mempelajari dengan mudah. Sosial media juga perlu digunakan secara berhati - hati seperti tidak memuat naik sesuatu gambaran atau perkataan yang boleh menghina sesuatu agama. Agama juga mengajar kita untuk tidak menghina atau mencaci sesuatu agama.


5. Peranan Kerajaan

  • Kerajaan boleh mengadakan kempen untuk rakyat tentang undang - undang dengan memberikan cara kefahaman yang mudah kepada rakyat supaya mereka dapat memahami maksud undang - undang. Selain itu, dari segi kes jenayah yang semakin meningkat, kerajaan perlu menguatkuasakan undang - undang bagi mengurangkan jenayah yang berlaku di negara supaya rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Undang - undang mestilah diterapkan dalam kehidupan seharian mereka dan kerajaan juga perlu memastikan rakyat tidak melanggar undang - undang bagi mencapai kemajuan diri.








Kesimpulan 


Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.


Video Rukun Negara Dari Sumber Youtube :







Rujukan :



1. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara
2. https://ecentral.my/kepentingan-rukun-negara/
3. https://news.uitm.edu.my/rukun-negara-kesetiaan-kepada-raja-dan-negara/
4. https://ecentral.my/kepentingan-rukun-negara/#:~:text=Lima%20prinsip%20Rukun%20Negara%20iaitu,rakyat%20Malaysia%20pada%20setiap%20masa
5. https://ecentral.my/rukun-negara-malaysia/
6. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/09/24/lima-prinsip-rukun-negara/










E-Folio Penghayatan Etika dan Peradaban Sesi 1 : 2024/2025

MPU21032 Tajuk :  RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI PEMBENTUKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Nama Pensyarah :  TUAN MOHD AZHAR BIN TUAN NGAH Nama ...